Monday, May 16, 2011

Etika Pakaian UiTM (2011)

Assalamualaikum.. Hey hey hey. Agaknye ramai tak bloggers yang umor 18 tahun? Means ko lepasan SPM derr.. Rasenye ramai jugak tau. Nak tau tak etika pakaian kat UiTM?

Untuk sesape yang bakal daftar kat UiTM & bakal ikut kuliah kat UiTM la.. Nak tau etika pakaiannye tak?

Ce cite ce cite.. Meh bace jom.. Penat tau aku search kat Incik Google tersayang.. ^_^

SISWA



Ciri Umum

** Bersih dan kemas
** Tidak memakai perhiasan perempuan termasuk memakai anting-anting, subang atau gelang tangan
** Tidak memakai topi dalam bangunan/blok perpustakaan, akademik, dewan kuliah, dewan makan dan pejabat

** Tali leher/baju batik Malaysia setiap hari ISNIN (Hari Korporat UiTM)


Baju

** Berlengan dan berkolar
** Tidak terlalu besar (over size)
** Tidak bertampung-tampung dan koyak
** Baju jenis masuk ke dalam (tail-cut) hendaklah kemas dan dimasukkan ke dalam seluar
** Tidak mempunyai tulisan perkataan atau gambar yang membawa pengertian liar

Seluar

** Seluar panjang
** Tidak koyak dan bertampal-tampal
** Kaki tidak berserabut dan berbulu-bulu

Kasut

** Kasut hendaklah sempurna
** Tidak memakai selipar atau terompah

Rambut

** Rambut kemas dan diurus rapi
** Tidak panjang (rambut belakang tidak melebihi kolar baju, rambut hadapan tidak melebihi kening dan rambut tepi tidak menutup telinga)-Tidak terbiar hingga boleh menghilangkan identiti seorang lelaki.
** Fesyen rambut tidak melambangkan budaya asing

**--------------------------------------------------------------**

SISWI


Ciri Umum

** Bersih, kemas, longgar, tidak jarang dan tidak menjolok mata.
** Tidak memakai topi (cap) dalam bangunan / blok perpustakaan, dewan akademik, dewan kuliah, dewan makan dan pejabat.
** Memakai baju kurung setiap hari ISNIN (Hari Korporat UiTM) dan JUMAAT (pelajar bukan Islam digalakkan)
** Hanya dibenarkan memakai sepasang anting-anting atau subang.

Baju

** Baju tidak jarang dan ketat sehingga menampakkan susuk badan
** Bahagian neck line tidak terdedah
** Lengan panjang sampai ke pergelangan tangan
** Labuh sekurang-kurangnya menutup punggung
** Tidak mempunyai tulisan perkataan atau gambar yang membawa pengertian liar

Kain

** Labuh
** Tidak terbelah
** Longgar
** Tidak jarang

Seluar

** Longgar dan tidak menampakkan bentuk badan
** Tidak jarang
** Tidak koyak dan bertampal-tampal
** Dipakai dengan baju longgar dan labuh yang menutup punggung

** Jeans boleh dipakai cuma tidak dibenarkan terlalu ketat

Pena Comel N.N : Hope dapat bantu bakal student UiTM okeh!


Credit To : Gadis Comel

13 comments:

SANDRA AZWAN said...

Mase belaja kat Uitm Shah Alam, tension jugak tgk etika nie..tapi, kiteorg student fashion main redah je...hehe

SANDRA AZWAN said...

Tau takpe......'pegawai keselamatan' pun macam tak berapa nak kisah sangat dengan budak2 fashion nie..tapi, janganla sampai melampaui batas kan?
Faham-fahamla.....dekat sane bukan tempat nak bergaya 24 hours, tapi nak belaja kan? hehe

SANDRA AZWAN said...

Ramai jugak pelajar2 fashion yg gaya sahaja lebih! Ini yang sangat menyedihkan.....kalau hanya bersandarkan pada minat semata-mata, baik tak payah ambik diploma@degree in Fashion! Untuk mendalami bidang ini memerlukan lebih dari itu...

p/s: Sorry, excited terlebih pulak..hehe, luahan perasaan....huhu

fatin hanani said...

emm kalau boleh ambik la gmbar melompat tu..tapi klu x blh juga xpa la..bagitau la nak join ka x..sbb kesian kat kawan fatin..tak adil plak bagi mereka :)

so ikutlah keputasn sndiri k..nak join ka x..nnt bg tau :)

fatin hanani said...

k nauwarah..thnks sbb sudi join..maaf k x blh terima link..coz dh jnji ngan kawan akak :)

siti aishah said...

Xsbar nk msuk uitm this september..

♫♪~Naurah_Nawwarah ~ ♫♪ said...

mesti awk bru nk msuk dgree kan ? matriks ke ???

Ayu said...

ada x dlm kod pmakaian di uitm yg kate siswi xboleh pkai purdah?? ad ke dlm kod or undg2 or akta BERTULIS yg katakn purdah dilarang dipkai di uitm??
maaf... xd niat lain.. hny mhu brtanya... tq..

Naurah Nawwarah said...

ayu ... rasanya xde pon .. tp setakat ni xpenah lg ade kes pelajar brpurdah dlm uitm kami.. tp kami ade penah dgr xbenarkan pakai, takut pnceroboh masuk tp mnyamar pakai purdah..

ciklelajunjung said...

Nak tanya kod etika pakaian ni meliputi semua cawangan uitm ke? Dan adakah pelajar muslim di benarkan untuk "free hair"?sebabnya anak akak akan lapor diri pelajar pra dip 1/6 ni.

ciklelajunjung said...

Kod etika pakaian meliputi semua cawangan uitm ke? Dan adakah pelajar muslim dibenarkan utk "free hair"? Sebabnya anak akak lapor diri sebagai student pra dip 1/6ni.

ciklelajunjung said...

Nak tanya kod etika pakaian ni meliputi semua cawangan uitm ke? Dan adakah pelajar muslim di benarkan untuk "free hair"?sebabnya anak akak akan lapor diri pelajar pra dip 1/6 ni.

Naurah Nawwarah said...

ciklelajunjung : aah, kak.. oh 1 jun ni... esok dah ni.. heee. tapi, boleh je nak free hair. tapi, masa MDS kene pakai tudung putih. tp sy xsure pra dip ada MDS atau x sbb 6 bulan je kan?

Si Penyair Bisu nak bagi hadiah. Meh Sini !!